Ahli psikologi berlesen · Bengkel santai

Cahaya itu ada dalam diri anda.

Ada hari yang rasa berat, tapi tak tahu nak cerita dengan siapa. Di Lentera, anda boleh mula dengan bengkel santai Ruang Rasa, atau terus jumpa ahli psikologi berlesen.

  • Berdaftar dengan MAHPC
  • Cerita anda kekal rahsia
  • Boleh cakap BM atau English
Ilustrasi seorang pengembara membawa lentera di laluan berbunga pada waktu malam
orang ikuti kami di Threads
1k+
ahli dalam group WhatsApp
200+
peserta nak datang lagi
95%
kata isinya memang kena dengan hidup mereka
86%
Mula dari sini

Apa yang tengah anda rasa?

Pilih je yang paling dekat. Tak ada jawapan yang salah.

Tak pasti nak pilih yang mana? Mesej kami kat WhatsApp

Perkhidmatan

Dua cara untuk mula.

Ramai yang datang bengkel dulu, lepas tu baru rasa sedia untuk terapi. Ada juga yang terus ke terapi. Dua-dua okay.

Bengkel komuniti

Ruang Rasa

Sesi berkumpulan kat kafe, bukan klinik. Duduk, minum kopi, dengar, dan balik dengan cara praktikal untuk urus emosi. Santai tapi sampai.

  • Kat kafe dan ruang komuniti
  • Tips yang boleh terus guna esok
  • Topik macam harga diri, hubungan dan kerja
Tengok bengkel akan datang
Terapi

Sesi dengan ahli psikologi

Sesi satu sama satu dengan ahli psikologi berlesen, online atau bersemuka. Sesuai bila anda nak cerita lebih dalam, dengan orang yang memang terlatih untuk mendengar.

  • Ahli psikologi berdaftar dengan MAHPC
  • Online atau bersemuka
  • CBT, terapi trauma, kaunseling kerjaya
Buat temujanji
Cara nak mula

Mudah sahaja. Tiga langkah.

Ikut masa anda.

  1. Pilih nak mula macam mana

    Cuba bengkel Ruang Rasa dulu, atau terus tempah sesi terapi.

  2. Pilih ahli psikologi

    Tengok bidang dan bahasa setiap ahli psikologi, kemudian pilih masa yang sesuai dengan jadual anda.

  3. Datang macam biasa

    Online atau bersemuka sahaja. Tak perlu sedia apa-apa. Cerita bila anda rasa selesa.

Kenapa Lentera

Tempat yang selamat untuk bercerita.

Minta tolong bukan tanda lemah. Kami cuma nak langkah pertama tu rasa lebih ringan.

Ahli psikologi berlesen

Semua ahli terapi kami berdaftar dengan MAHPC. Kelayakan dan pengalaman mereka dah kami semak.

Tak ada yang nak menghakimi

Anda boleh jujur pasal apa yang anda rasa, walaupun benda tu nampak kecil.

Bengkel dan terapi, dua-dua ada

Nak belajar dalam kumpulan atau nak sesi peribadi, anda pilih ikut keselesaan sendiri.

Faham cara hidup kita

Boleh cakap BM atau English. Kami faham budaya, keluarga dan nilai agama yang membentuk diri kita.

"Lentera membuatkan saya sedar bahawa perasaan saya adalah sah. Buat pertama kalinya, saya belajar untuk duduk dengan emosi saya dan bukan lari daripadanya."
Peserta bengkel Ruang Rasa
Soalan lazim

Soalan yang selalu orang tanya.

Tengok semua soalan
Perlu ada diagnosis ke sebelum datang?

Tak perlu. Datang je macam biasa. Kami takkan letak apa-apa label pada anda di sesi pertama. Ceritalah apa yang anda rasa.

Apa beza bengkel Ruang Rasa dengan terapi?

Ruang Rasa ialah bengkel berkumpulan yang santai. Anda belajar pasal emosi dan cara nak uruskannya. Terapi pula sesi peribadi dengan ahli psikologi berlesen, untuk bincang isu anda dengan lebih mendalam.

Sesi online ke bersemuka?

Dua-dua ada. Online melalui video call, dan bersemuka di lokasi tertentu.

Berapa harga satu sesi?

Bergantung pada ahli terapi dan jenis sesi. Mesej kami kat WhatsApp, nanti kami terangkan pilihan yang ada.

Apa yang saya cerita, kekal rahsia ke?

Ya. Semua maklumat dan isi sesi anda adalah sulit. Hanya ahli terapi anda dan staf yang dibenarkan boleh tengok.

Bila dah sedia, kami ada.

Tak perlu tunggu sampai semuanya teruk. Langkah kecil pun dah cukup untuk mula.

Perlukan bantuan sekarang?

Lentera bukan talian kecemasan. Kalau anda atau sesiapa dalam bahaya, sila hubungi:

Hubungi Kami